Lelaki maut terjatuh kerusi lif ski - Utusan Malaysia

Lelaki maut terjatuh kerusi lif ski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 12 Jan. – Seorang lelaki berusia 65 tahun maut di Meribel selepas terjatuh dari kerusi lif ski yang dinaiki ketika berada di ketinggian 9.75 meter, semalam.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu berasal dari Britain dipercayai mengalami serangan jantung sebelum terjatuh daripada kerusi pengangkutan tersebut.

Mirror melaporkan pihak polis kini sedang menyiasat sama ada pemain ski berkenaan mengalami serangan jantung sebelum terjatuh daripada kerusi pengangkutan itu.

Perkhidmatan kecemasan menerima panggilan pada pukul 12.20 tengah malam sebelum bergegas ke hentian lif ski, Roc de Tougne bersama enam anggota sebelum ketibaan dua orang doktor.

Lebih setengah jam cubaan resusitasi dijalankan tetapi pelancong dari Britain itu disahkan mati di tempat kejadian. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN