KUALA LUMPUR 24 Jan. – Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan terhadap seorang lelaki atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan, tiga tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Rozana Ali Yusof juga mengekalkan hukuman penjara 16 bulan terhadap Zulfakar Omardin atas pertuduhan menyamar sebagai penguat kuasa Imigresen. Rozana membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Zulfakar, 38, terhadap kedua-dua hukuman yang telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Rohatul…










