SUNGAI PETANI 14 Jan. – Seorang lelaki disyaki penjenayah mati setelah berbalas tembakan dengan sepasukan polis di Kampung Jerong, Jalan Kuala Ketil di sini, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah mengesahkan kejadian itu.
Difahamkan, suspek yang memandu sebuah kereta sebelum itu dikejar anggota polis terbabit setelah dikatakan enggan berhenti untuk pemeriksaan apabila diarahkan.
Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, kereta suspek hilang kawalan lalu terbabas sebelum lelaki itu bertindak melepaskan tembakan. – UTUSAN ONLINE










