Lebih 90 kuda liar ditemui mati kehausan di dalam kolam kering - Utusan Malaysia

Lebih 90 kuda liar ditemui mati kehausan di dalam kolam kering

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTA TERESA, Australia – Cuaca terlampau panas dan gelombang haba berpanjangan menyebabkan berpuluh-puluh ekor kuda liar mati kehausan di negeri Wilayah Utara, Australia baru-baru ini.

Seorang artis kesenian orang asli, Ralph Turner menemui sekawan kuda liar jenis brumby mati di dalam sebuah kolam air yang sudah kering di kawasan Deep Hole kira-kira 20 kilometer dari sini.

“Kuda-kuda liar itu mungkin turun ke dalam kolam kering tersebut bagi mencari air yang biasanya ada setiap kali kawanan berkenaan singgah. Kali ini, semua air sudah kering dan haiwan malang itu tiada tempat lain untuk dituju,” kata Smyth.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beberapa keping gambar yang dikongsi ke Facebook menunjukkan bangkai lebih 90 ekor kuda brumby bertebaran di dalam kolam kering itu dan sudah mula mereput selain mengeluarkan bau busuk.

Kawasan gurun dikenali sebagai Red Centre dekat sini mencatatkan suhu melebihi 42 darjah Celsius selama 12 hari berturut-turut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×