Lebih 100 anggota keselamatan Afghanistan terbunuh - Utusan Malaysia

Lebih 100 anggota keselamatan Afghanistan terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 22 Jan. – Lebih 100 anggota pasukan keselamatan Afghanistan terbunuh selepas pejuang Taliban menggunakan bom kereta untuk menyasar sebuah pangkalan tentera dan pusat latihan polis di Maidan Shahr wilayah Wardak, semalam.

“Kami mempunyai maklumat terdapat kira-kira 126 orang terbunuh dalam kejadian letupan di dalam pusat latihan ketenteraan,” kata seorang pegawai kanan di kementerian pertahanan yang enggan namanya disiarkan kepada Reuters.

Al- Jazeera melaporkan seorang pegawai di wilayah Wardak juga mengesahkan jumlah kematian lebih 100 orang namun terdahulu, kerajaan memberitahu 12 terbunuh dalam kejadian berkenaan.

Timbalan Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi berkata, Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan menggunakan bom kereta di pintu masuk pangkalan di Maidan Shahr. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN