Larangan merokok: 1,181 notis amaran - Utusan Malaysia

Larangan merokok: 1,181 notis amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 7 Jan. – Jabatan Kesihatan negeri mengeluarkan sebanyak 1,181 notis amaran kepada pemilik premis makanan di negeri ini kerana gagal mematuhi piawaian tanda larangan merokok di premis milik mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Afif Bahardin berkata, daripada jumlah itu sebanyak 719 premis didapati tidak mempamerkan tanda larangan merokok sejak 1 Januari lalu.

“Bermula 1 Januari sehingga semalam, Jabatan Kesihatan negeri telah memeriksa 1,394 premis di seluruh negeri ini.

“Sehingga 6 Januari, tujuh perokok iaitu lima rakyat tempatan dan dua warga asing telah diberi amaran kerana merokok di kawasan larangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas turun padang melakukan operasi pelaksanaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok di sekitar negeri ini hari ini.

Menurut Afif, sebanyak 3,254 risalah mengenai larangan merokok di tempat makan juga telah diedarkan kepada premis-premis makanan di negeri ini.

“Usaha ini merupakan susulan inisiatif kerajaan negeri yang melancarkan Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (Penbar) sebelum ini.

“Sebanyak 648 individu dikompaun sepanjang tahun lalu kerana merokok di kawasan larangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN