KLANG – Laporan penuh pengauditan 19 buah kilang kitar semula di seluruh negara akan diketahui dua minggu lagi. Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Harris Idham Rashid berkata, kementerian telah memeriksa sebanyak 11 buah kilang sehingga hari ini dengan selebihnya dijangka dapat diselesaikan pada Khamis ini. Katanya, pemeriksaan itu penting dalam tujuan pembaharuan lesen permit lulus (AP) untuk mengimport sisa plastik. “Penilian dilakukan menerusi 18 syarat baharu AP…










