Lapangan terbang MAHB catat 133.1 juta penumpang - Utusan Malaysia

Lapangan terbang MAHB catat 133.1 juta penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) merekodkan 133.1 juta perjalanan penumpang bagi tahun 2018, kenaikan empat peratus berbanding tahun sebelumnya.

MAHB berkata, perjalanan penumpang antarabangsa meningkat 5.9 peratus kepada 63.3 juta manakala penumpang domestik meningkat 2.3 peratus kepada 69.7 juta penumpang.

Katanya, secara keseluruhan, perjalanan pesawat meningkat 2.8 peratus dengan perjalanan antarabangsa dan domestik masing-masing meningkat enam dan lapan peratus.

“Lapangan terbang di Malaysia merekodkan pertumbuhan penumpang sebanyak 2.5 peratus kepada 99 juta orang dengan sektor antarabangsa mengalami pertumbuhan 4.5 peratus kepada 51.7 juta penumpang manakala sektor domestik sebanyak 47.4 juta penumpang atau kenaikan 0.4 peratus pada tahun 2018,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN