JOHOR BAHRU – Keghairahan lapan lelaki menyambut tahun baru bertukar mimpi ngeri apabila mereka ditahan selepas bergaduh sesama sendiri di sebuah pusat beli-belah di Taman Sutera Utama dekat Skudai awal pagi, semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, pergaduhan antara suspek berusia dalam lingkungan 18 hingga 23 tahun itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi akibat perselisihan faham.
“Perbalahan antara suspek dipercayai berlaku ketika mereka sedang menyambut tahun baru. Salah seorang suspek dikatakan menggunakan penyembur parti (snow spray) dan terkena salah seorang lagi suspek.
“Berikutan itu, berlaku salah faham sehingga mengakibatkan pergaduhan antara mereka,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin wilayah 2 di Tampoi di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini










