Landskap pekerjaan berubah - Utusan Malaysia

Landskap pekerjaan berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Sebanyak 96 peratus majikan di Malaysia menjangkakan landskap pekerjaan berubah selari dengan perubahan ke arah ekonomi digital.

Pengarah Negara Jobstreet.com Malaysia, Gan Bock Herm berkata, ia susulan peningkatan permintaan bagi bakat dengan kemahiran digital.


Namun begitu katanya, terdapat kekurangan bekalan dalam pasaran kerana banyak organisasi sudah memulakan perjalanan transformasi digital mereka.


“Organisasi seharusnya memperkukuhkan kebolehan inovasi dan teknologi bagi memanfaatkan pertumbuhan dan mereka memerlukan bakat-bakat berkemahiran untuk menyokong pertumbuhan perniagaan,” katanya pada sesi taklimat Prospek Pekerjaan 2019 Jobstreet.com di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN