TEMPOH 20 tahun berada dalam bidang seni memberi pelbagai pengalaman buat penyanyi ini. Jika sebelum ini dia lebih dikenali sebagai vokalis sebuah kumpulan rock, namun sejak setahun lalu nama Lan Solo berjaya meletakkannya di tahap berbeza. Ternyata keputusan untuk tampil solo bukan sesuatu yang mudah, malah pada bulan pertama ramai yang masih sangsi akan kemampuan Lan untuk bergerak sendiri tanpa kekuatan kumpulan Kristal. Sentiasa positif dengan perancangan kariernya, bagi Lan atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof, 33, pilihan untuk menjadi penyanyi solo tidak bermakna dia perlu melupakan segala memori…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya