Lagi 15 klinik gigitan anjing dibuka di Sarawak - Utusan Malaysia

Lagi 15 klinik gigitan anjing dibuka di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 25 Jan. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan membuka 15 lagi Klinik Gigitan Anjing di Sarawak pada awal Jun ini dalam usaha mengatasi wabak rabies di negeri ini.

Lee Boon Chye
Lee Boon Chye 

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata ketika ini terdapat 10 klinik berkenaan dan sekiranya sasaran itu dapat dicapai, ia akan menjadikan keseluruhan 25 klinik itu di seluruh Sarawak menjelang hujung tahun ini.


Katanya kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk vaksin wabak rabies, yang disuntik terhadap anjing di sekitar Sarawak.


“Dasar kita ialah untuk mencapai sifar anjing terbiar dan bebas rabies dalam kalangan manusia menjelang 2022 serta bebas dalam kalangan haiwan itu menjelang 2025.


“Tetapi dalam mengawal populasi anjing terbiar, ia di bawah tanggungjawab ‘State Veterinary Authority’ (SVA). Namun, dalam usaha untuk membasmi wabak itu KKM bekerjasama dengan semua agensi terlibat dalam memastikan keselamatan awam dijamin,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Hospital Sentosa di sini hari ini.


Sehingga kini, kes disahkan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak pengisytiharan wabak itu pada 1 Julai 2017 sehingga 18 Jan 2019 adalah 17 kes termasuk 16 kematian. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN