KUALA LUMPUR 4 Jan. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa pembelian tanah di Sungai Buloh oleh anak syarikat milik penuhnya, Kwasa Land Sdn. Bhd. pada 2012, dilaksanakan secara profesional. Dalam kenyataan, KWSP berkata, pembelian 944.13 hektar (2,330 ekar) tanah daripada Aset Tanah Nasional Berhad (ATNB), jentera tujuan khas (SPV) milik 100 peratus kementerian Kewangan, dilaksanakan secara saksama bagi membangunkan Kwasa Damansara. Kwasa Damansara ialah sebuah bandar yang merangkumi…










