MADRID 15 Jan. – Waktu tidur yang kurang dari tempoh enam jam pada waktu malam boleh meningkatkan peratusan menghidap sakit jantung dan terkena serangan angin ahmar.
Mail Online yang memetik satu kajian oleh pakar di sini melaporkan bahawa tidur yang tidak mencukupi boleh meningkatkan risiko penyakit-penyakit berkenaan sehingga 35 peratus.
Jumlah itu lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai masa tidur yang cukup iaitu selama tujuh hingga lapan jam setiap malam. – AGENSI










