KAHERAH 21 Jan. – Kumpulan mempunyai kaitan dengan al-Qaeda di Mali mengaku bertanggungjawab dalam serangan yang menyebabkan 10 orang anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Chad semalam.
Menurut kumpulan Nusrat al-Islam wal Muslimeen, serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas kepada kebangkitan semula hubungan diplomatik Chad dan Israel. – REUTERS









