Kucing manja, mudah dibelai - Utusan Malaysia

Kucing manja, mudah dibelai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKALI imbas, lot kedai di tingkat satu, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur itu tidak ubah seperti taman permainan kanak-kanak. Hakikatnya, ruangan tersebut bukanlah taman permainan kanak-kanak biasa, sebaliknya ia direka khusus untuk membolehkan pengunjung bermain bersama kucing. Ruang seluas 40 meter persegi itu dilengkapi peralatan mainan kanak-kanak seperti gelongsor, buaian, dinding memanjat selain kawasan dalamannya dicat berwarna-warni. Ia turut mempunyai bantal-bantal bersaiz gergasi bagi membolehkan orang ramai duduk atau berbaring di situ. Beberapa ekor kucing comel dan bersih sentiasa dibiarkan berkeliaran dan bermain-main di dalam kawasan berkenaan. Para…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN