KUALA LUMPUR 29 Jan. – Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) merayu kepada Ragbi Asia (AR) supaya denda AS$9,000 (RM36,996) yang dikenakan kerana tidak menyertai Kejohanan Bawah 19 Tahun Asia di Bangkok, bulan lalu dapat dikurangkan lagi. Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, ini adalah rayuan kedua selepas badan induk itu bersetuju mengurangkan denda asal, AS$10,000 (RM41,108). “Difahamkan AR akan mengadakan mesyuarat Exco atau Majlis di Sandakan, Sabah, Mac ini dengan menjadikan isu denda itu sebagai satu agendanya,” katanya selepas majlis undian Liga Ragbi Malaysia (MRL) 2019 di Wisma Majlis Olimpik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya