KPYPJ sasar tingkat pendapatan, imej - Utusan Malaysia

KPYPJ sasar tingkat pendapatan, imej

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan dan imej korporatnya pada tahun ini melalui beberapa pendekatan strategik sejajar dengan cabaran dan ke­perluan semasa.

Ketua Pegawai Eksekutif KP­YPJ, Nasri Md. Ali berkata, sudah sampai masanya KPYPJ mempel­bagaikan peranannya bagi me­ningkatkan pendapatan tanpa menjejaskan fungsi utamanya sebagai penyedia pendidikan dengan pelbagai kejayaan dan kecemerlangan sejak 22 tahun lalu.

“Bagi meningkatkan pendapatan, KPYPJ merancang memeterai jalinan kerjasama strategik dengan beberapa organisasi utama dan pihak berkuasa tempatan (PBT) melibatkan penyediaan bidang latihan berkeperluan tinggi.

“Antara kerjasama strategik yang dikenal pasti termasuklah dalam bidang minyak dan gas melibatkan latihan untuk tenaga kerja di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dan latihan bagi pekerja dalam sektor perkhidmatan penerbangan,” katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baru KPYPJ dalam Malam Apresiasi Staf KPYPJ selain memperkenalkan logo baharu, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kerjasama stra­tegik KPYPJ juga bakal melibatkan penyediaan latihan dalam bidang penguat kuasaan kepada anggota penguatkuasa PBT dengan menjadikan Pusat Kecemerlangan dan Pemba­ngunan Insan (PKPI) YPJ sebagai pusat bagi latihan dalam bidang itu.

“KPYPJ perlu mempelbagaikan lagi fungsi dan peranannya bagi meningkatkan lagi sumber pendapatan yang sedia ada bagi membolehkan institusi ini bergerak dengan lebih lancar dan cekap,” katanya.

Beliau berkata, usaha juga sedang giat dijalankan pada tahun ini bagi memperkasakan lagi imej korporat KPYPJ antaranya melalui pengiklanan di papan iklan besar di lebuh raya utara-selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×