PASIR PUTEH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membuka tender bagi pembelian baju kalis api untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Rabu (23 Januari) ini. Menterinya, Zuraida Kamarudin berkata ia satu keperluan memandangkan banyak baju kalis api tidak menepati standard yang dibenarkan untuk kegunaan ketika operasi. “Walaupun ketetapan ketika ini hanyalah 6,000 baju kalis api tapi saya akan minta (dengan kabinet) untuk menaikkan jumlah itu…