Koop Sahabat AIM sasar bayar dividen 7% - Utusan Malaysia

Koop Sahabat AIM sasar bayar dividen 7%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Bhd. (Koop Sahabat) menjangkakan pembayaran dividen sebanyak tujuh peratus pada tahun ini yang bakal dimanfaatkan oleh 224,000 ahlinya di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Mohammad Shahaimi Othman berkata, nilai unjuran tersebut dibuat bersandarkan kepada dua pelaburan baharu yang diceburi koperasi tersebut iaitu dalam bidang peruncitan dan pembekalan bahan mentah.

“Kami juga bercadang untuk membuka 14 lagi cawangan Ar-Rahnu menjadikan jumlah keseluruhan 27 buah cawangan di seluruh negara pada tahun ini.

“Kami yakin dengan sokongan daripada semua ahli , misi kami untuk mengagihkan dividen sebanyak tujuh peratus itu bakal direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis minum petang bersama pelanggan daripada sektor kerajaan dan korporat di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Amanah Ikthiar Malaysia (AIM), Datuk Junaidah Kiting.

Mengulas lanjut, Mohammad berkata, Koop Sahabat yang ditubuhkan sejak enam tahun lalu itu kini boleh berbangga apabila mempunyai syer modal sebanyak RM50 juta.

“Sumbangan Koop Sahabat turut dibantu menerusi bidang perhotelan yang mana buat masa sekarang kami telah memiliki tiga buah cawangan Hotel Charlton.

“Sebuah lagi cawangan hotel dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan dengan nilai pelaburan berjumlah RM48 juta,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×