KUALA LUMPUR 9 Jan. – Seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas mengaku bersalah menampar lengan kiri seorang doktor wanita ketika membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang di sini, Ahad lalu. Majistret Haslinda A. Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Shafudin Sulong, 40, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mahkamah turut memerintahkan bapa anak satu itu menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh sabitan, iaitu hari ini. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap doktor berusia 32 tahun di Bilik 1, Zon Hijau Jabatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya