WASHINGTON 6 Jan. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berpendirian tetap terhadap permintaannya bagi peruntukan membina tembok sempadan di Mexico yang memaksa krisis shutdown AS. Menurutnya, kerajaan perlu membina tembok itu yang mana ia boleh ditukar daripada konkrit kepada besi. “Ia kerana keselamatan, soal sekuriti kepada negara kita. Kita tidak ada pilihan,” katanya kepada pemberita ketika meninggal Rumah Putih ke Kem David hari ini. – AFP










