DENGAN Anmum™ Essential, ibu-ibu di Malaysia kini mampu memberikan manfaat susu dan kurma sebenar dalam cara yang baharu dan enak kepada anak-anak mereka.
Anmum™ Essential dengan Kurma merupakan susu tepung formula untuk kanak-kanak berusia setahun ke atas dan tiga tahun ke atas.
Bersama kurma sebenar, formulasi unik dengan Mind-Q Connect™ini mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan tambahan 2x ganda GA® (Gangliosid) serta prebiotik dan Inulin. Inulin membantu mengekalkan keadaan usus yang sihat bagi menyokong sistem penghadaman yang baik. Persekitaran usus yang baik penting bagi penyerapan nutrien.
“Harapan setiap ibu adalah untuk mengasuh dan memberikan khasiat terbaik kepada si manja agar anak-anak dapat menikmati kehidupan yang sihat dan sejahtera,” ujar Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, Karen Ong dalam satu kenyataan.
Syarikat itu adalah syarikat ‘gergasi’ tenusu di sebalik jenama Anmum™ Essential.

Beliau menambah, sebagai sebuah jenama, Anmum™ Essential berhasrat menyokong ibu yang mengasuh anak-anak mereka dengan menyemai nilai-nilai positif agar dapat menjadi individu yang terbaik.
“Kami percaya golongan ibu dapat memberi khasiat kepada anak-anak mereka dengan menyediakan nutrisi bagi membantu perkembangan mental dan fizikal yang baik.
“Kedua-dua keutamaan dalam pengasuhan inilah yang ingin kami sokong menerusi Anmum™ Essential dengan Kurma,” katanya.
Kurma adalah antara buah-buahan yang paling lama ditanam di dunia dan dikenali serta dihargai kerana manfaat kesihatannya sejak berabad lamanya.
Sementara itu Pengurus Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, Irene Cheah berkata, kurma terkenal dengan penyediaan serat, vitamin, mineral dan tenaga dalam diet.
Anmum™ Essential dengan Kurma kini boleh didapati di gedung peruncit utama seperti Tesco, Aeon dan Aeon Big serta pusat-pusat bayi utama dan kedai perubatan tradisional Cina.
“Dengan formulasi enak dan menyeluruh bagi membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan riang, susu tepung berformulasi baharu ini pasti akan menjadi kegemaran harian kanak-kanak,” katanya.










