Khairul Dzaimee enggan ulas dakwaan dikaitkan dengan kroni - Utusan Malaysia

Khairul Dzaimee enggan ulas dakwaan dikaitkan dengan kroni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan mengenai perlantikannya memegang jawatan tersebut yang mempunyai kaitan kroni.

Jelasnya, beliau kini fokus untuk menjadikan Jabatan Imigresen sebagai sebuah agensi penguatkusaan terbaik sejajar visi dan misi kerajaan.

“Saya tidak mahu menjawab soalan berkaitan politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×