Ketua agensi unit pentadbiran ditahan reman - Utusan Malaysia

Ketua agensi unit pentadbiran ditahan reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 23 Jan. – Seorang ketua unit pentadbiran dan kewangan agensi kerajaan di negeri ini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes tuntutan palsu yang dianggarkan bernilai lebih RM9,000.

Perintah tahanan reman itu diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Majistret Mahkamah Majistret Georgetown, Muhammad Azam Md. Eusoff hari ini.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 39 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang semalam di Pejabat SPRM Cawangan Seberang Perai selepas hadir untuk memberi keterangan.

Jelas sumber, siasatan awal mendapati suspek tersebut telah mengemukakan tiga tuntutan yang bernilai lebih RM9,000 bagi kerja-kerja pencetakan dan peralatan pejabat kepada agensi berkenaan sedangan kerja-kerja dan peralatan tersebut tidak dibekalkan. 

Kata sumber lagi, SPRM sedang mengesan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes yang sama.
 
Suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×