Pertemuan dengan anak seni berpengaruh seorang ini berjalan secara santai dan cukup menggeletek hati. Bersulam lembut suara, sesekali tawa manjanya berderai nyata beliau cukup disenangi sesiapa sahaja. Apa yang terbutir daripada bibir figura bernama Ella atau nama lengkapnya Nor Zila Aminuddin tidak terlalu banyak namun cukup untuk dinukilkan sebagai sebuah penceritaan. Berbekalkan pengalaman lebih tiga dasawarsa dalam bidang seni suara, kejujurannya dalam berkongsi pendapat memudahkan perkongsian kisah seperti dari hati ke hati. Diajak berbicara tentang persiapan menjelang konsert Ella Unplugged in Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 29 hingga 31…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya