Kes demam denggi Melaka meningkat  - Utusan Malaysia

Kes demam denggi Melaka meningkat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA –  Kes demam denggi di negeri ini mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda apabila sebanyak 24 kes direkodkan sepanjang tempoh lapan hari sepanjang awal tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kasihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong berkata, daripada jumlah tersebut, 17 kes dicatatkan di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (dua) dan Jasin (lima). 

Jelasnya, pada tahun lalu hanya 11 kes denggi direkodkan dalam tempoh sama. 

“Sepanjang tempoh lapan hari ini, sebanyak 24 kes demam denggi direkodkan, namun ia tidak serius sehingga melibatkan kes denggi berdarah atau sehingga menyebabkan kematian,” katanya ketika ditemui pada program bersama pemandu pelancong di Bandar Hilir di sini hari ini. 

Tambahnya, sehingga kini terdapat dua lokaliti wabak aktif masing-masing satu di Melaka Tengah dan Jasin. 

“Kita mengesan terdapat dua lokaliti wabak aktif iaitu di Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh dan Taman Seri Hilir, Jasin. 

“Pejabat Kesihatan Daerah telah mengambil langkah pemeriksaan dan memantau beberapa lokasi penularan wabak serta mengeluarkan kompaun kepada mereka yang bertanggungjawab menyebabkan pembiakan jentik-jentik,” katanya. 

Katanya, sepanjang tahun lalu sebanyak 722 kes demam denggi direkodkan dengan jumlah tertinggi dicatatkan di Melaka Tengah iaitu 512 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN