Kertas Putih Pertahanan dijangka boleh diakses orang ramai September ini - Utusan Malaysia

Kertas Putih Pertahanan dijangka boleh diakses orang ramai September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kertas Putih Pertahanan yang akan dibentangkan di Parlimen Julai ini adalah dokumen yang bukan lagi diklasifikasikan sebagai ‘sulit’ yang boleh ditatap oleh semua rakyat Malaysia, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

“Kami menyasasarkan untuk membentangnya di Parlimen Julai ini dan boleh diperoleh orang ramai pada bulan September,” katanya kepada pemberita dalam persidangan media di sini hari ini.

Beliau berkata, pendedahan itu akan memberikan maklumat yang berkaitan orang ramai, menjadikan kementerian lebih bertanggunjawab dalam setiap tindak-tanduknya.

“Begitu juga pelaksanaan siri perbincangan oleh kementerian berhubung kertas putih itu yang akan menjadikan orang ramai sebagai konsep dan idea utama yang penting dalam memahami kertas putih berkenaan.

“Kertas putih itu berhasrat untuk memberikan kajian jujur terhadap cabaran keselamatan dan geopolitik yang kita hadapi, jurang keupayaan kita, di samping menggariskan aspirasi dan hala tuju pertahanan dan keselamatan,” katanya.

Mohamad berkata, ia juga bertujuan membimbing negara ke arah paradigma baru yang komprehensif dalam pertahanan dan keselamatan.

Turut hadir dalam persidagan media itu ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Halimi Abd Manaf dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN