ALOR SETAR 9 Jan. – Seorang lelaki yang dipercayai mabuk gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu merempuh tembok hadapan Istana Anak Bukit di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, mangsa cedera setelah kereta Honda Civic berkenaan remuk di bahagian hadapan selain keempat-empat tayarnya pecah. Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, kereta itu datang dari arah pusat bandar menghala ke Kepala Batas sebelum hilang kawalan setibanya di situ. “Kereta…










