PUTRAJAYA 10 Jan. – Kerajaan yakin akan mencapai sasaran defisit 3.7 peratus dan 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masing-masing untuk tahun 2018 dan 2019. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, beliau telah menyemak angka awal akaun kewangan bagi tahun 2018 yang sudah ditutup dan mendapati bahawa kedudukan fiskal kerajaan dalam lingkungan 3.7 daripada KDNK. Beliau berkata, kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) juga telah mencecah RM5.4 bilion iaitu 34 peratus lebih tinggi daripada sasaran awal sebanyak RM4 bilion. “Oleh itu, laporan Nomura yang berpendapat bahawa defisit fiskal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya