Kerajaan Pas Kelantan terima keputusan Sultan Muhammad V - Utusan Malaysia

Kerajaan Pas Kelantan terima keputusan Sultan Muhammad V

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 6 Jan. – Kerajaan Pas Kelantan belum menerima makluman secara rasmi daripada Istana Negara mengenai perletakkan jawatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, bagaimanapun pihaknya menerima secara terbuka perletakkan jawatan tersebut.

Beliau berkata, baginda juga tidak memaklumkan kepadanya mengenai hasrat untuk meletakkan jawatan ketika bertemu semasa menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian kelmarin.

“Seri Paduka masih lagi bercakap sebagai Yang di-Pertuan Agong tetapi wallahua’lam apa yang berlaku (selepas itu).

“Kita menerima keputusan baginda kerana haknya sebagai seorang sultan apabila baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong dan telah mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada selepas menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Kampung Laut, di sini hari ini.

Tambahnya, beliau akan bertemu dengan Setiausaha Kerajaan negeri dan unit protokol untuk majlis sambutan kepulangan baginda ke negeri ini.

Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada 24 April 2017 pada 13 Disember 2016.

Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat Majlis Raja-raja ke-243 (Khas) pada Oktober 2016, yang turut memilih Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Muhammad V menggantikan Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 12 Disember 2016. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN