PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengotakan janji untuk membuat pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa pertama pada 28 Januari ini mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia adalah bukti keprihatinan kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat. “Atas keprihatinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pembayaran BSH 2019 dijangka memberi manfaat sehingga 4.1 juta isi rumah…










