Kerajaan, jangan obses – MTEM - Utusan Malaysia

Kerajaan, jangan obses – MTEM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi yang semakin meningkat dengan memper­kenalkan segera pakej rangsangan fiskal untuk ekonomi dan jangan terlalu obses menutup defisit fiskal yang dihadapi negara ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman berkata, sikap terlalu obses itu boleh memberi kesan buruk kepada Malaysia berikutan kurang­nya aktiviti ekonomi sekali gus membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.

Jelas beliau, keadaan itu juga membuatkan keyakinan rakyat terhadap ekonomi semakin me­

Memuatkan artikel berkaitan…
AHMAD YAZID OTHMAN
AHMAD YAZID OTHMAN 

nurun dan kesan tersebut terbukti menerusi tinjauan yang dibuat MTEM untuk suku ketiga dan keempat 2018.

“Faktor penurunan mendadak keyakinan ekonomi rakyat di­sebabkan penyusutan nilai ringgit, pertumbuhan ekonomi yang perlahan, kejatuhan harga komoditi, kenaikan kos sara hidup dan pengenalan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), langsung tidak membantu. Walaupun ada perkembangan positif terhadap ekonomi negara, namun ia masih belum cukup memberi keyakinan kepada rakyat.

“Skor Keyakinan Ekonomi MTEM memberi bayangan bahawa rakyat merasakan tiada perubahan ekonomi asas yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. Pembaharuan ekonomi sememangnya mencabar dan memerlukan masa, tetapi faktor itu yang mengehadkan perancangan kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebaga bukti tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat, Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati Kuala Lumpur merekodkan pertumbuhan inflasi tertinggi sebanyak satu peratus berbanding setahun lalu manakala Pulau Pinang dan Ne­geri Sembilan, masing-masing merekodkan 0.6 peratus dan 0.4 peratus.

Malaysia mencatat pertumbuhan inflasi pada kadar perlahan sebanyak 0.2 peratus de­ngan tiga negeri melebihi Indeks Harga Pengguna (IHP) nasional iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Selangor dan Putrajaya mencatat kenaikan yang sama dengan paras indeks nasional iaitu 0.2 peratus. Kebanyakan negeri di Malaysia mencatat kenaikan indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol.

Tiga negeri mencatat kenaikan melebihi paras indeks nasional 0.7 peratus bagi Disember 2018 berbanding bulan yang sama pada 2017 iaitu Kuala Lumpur (3.9 peratus), Pulau Pinang (lebih satu peratus) dan Negeri Sembilan (lebih 0.8 peratus).

Kenaikan IHP itu didorong kenaikan harga rumah, air, ­elektrik, gas dan bahan api lain, makanan dan minuman bukan alkohol, restoran dan hotel serta pendidikan.

Bank Negara Malaysia menekankan permintaan domestik akan terus menjadi pemacu pertumbuhan utama de­ngan kadar inflasi akan terus dipantau teliti oleh pasaran.

Bagi Penganalisis FXTM Research, Lukman Otunuga, IHP negara di­jangka berada pada paras sekitar dua peratus tahun ini tetapi masih boleh dikawal dengan kesan asas untuk menyesuaikan semula tempoh cuti cukai dan pengenalan semula SST pada separuh kedua 2018.

“Harga minyak menunjukkan peningkatan yang signifikan di atas AS$61 (RM253) setong, namun keadaan itu turut memberi tekanan kepada IHP Malaysia. Permintaan domestik disokong dengan asas ekonomi yang berdaya tahan dengan jangkaan pembayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) seba­nyak RM37 bilion,” katanya.

RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) turut menurun­kan unjuran inflasi keseluruhan bagi 2019 kepada dua peratus berbanding 2.7 peratus sebelum ini.

Mengenai impak daripada Mekanisme Harga Automatik (APM) mingguan bagi harga minyak yang dilaksanakan semula bulan ini, firma itu berkata, kaedah tersebut dijangka tidak memberi tekanan yang ketara ke atas inflasi dalam jangka masa pendek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×