Kerajaan jangan mungkir janji - Utusan Malaysia

Kerajaan jangan mungkir janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa kerajaan Pakatan Harapan tidak mungkir janji dalam isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Janji kelima manifesto Pakatan Harapan jelas menyebut peminjam PTPTN hanya dikehendaki untuk membayar pinjaman itu apabila gaji bulanan mencecah RM4,000.

PKPIM melihat kandungan manifesto adalah tanggungjawab moral yang harus dipenuhi oleh pihak membuat janji.

Pihak kami juga menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan menggantung pelaksanaan Skim Pembayaran Semula PTPTN. Kerajaan wajar meneliti keadaan ekonomi semasa dan kadar gaji permulaan sebelum melaksanakan polisi bayaran semula.

Laporan tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2017 mendedahkan seorang graduan yang bekerja dan menetap di Kuala Lumpur tapi masih lagi bujang memerlukan gaji minimum sebanyak RM2,700 sebulan untuk mencapai taraf kehidupan agak selesa.

Justeru, PKPIM menggesa kerajaan lebih sensitif dalam menangani isu bayaran balik pinjaman ini dan tidak menzalimi para peminjam dalam sebarang pelaksanaan polisi pembayaran semula PTPTN yang baharu.

MUHAMAD NUR IMAN ABDUL KHUDUS

Presiden PKPIM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN