Kerajaan harap pelantikan Agong baharu diputuskan secepat mungkin - Utusan Malaysia

Kerajaan harap pelantikan Agong baharu diputuskan secepat mungkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap agar pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu  dapat diputuskan secepat mungkin.

Mahathir berkata, ia perlu disegerakan kerana beliau sendiri perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi urusan tertentu.

“Kerajaan akur dengan keputusan Sultan Muhammad V yang telah meletak jawatan. Ia adalah mengikut perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Teregganu di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris.

Peletakan jawatan Sultan Muhammad V diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz semalam. Baginda menjawat jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN