BATU GAJAH 31 Jan. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cemas setelah kepalanya tersangkut pada kerusi di Tabika Kemas, Rancangan Perumahan Awam (RPA) Pusing di sini hari ini. Kejadian yang berlaku ketika M. Eswaran sedang bermain bersama rakannya, menyebabkan dia terpaksa menahan kesakitan kira-kira 10 minit sebelum diselamatkan anggota bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd. Jamaluddin Mat Yusop berkata, anggota bomba dihantar ke tabika tersebut selepas…










