Kempen larangan merokok bukan 'hangat-hangat tahi ayam' - Utusan Malaysia

Kempen larangan merokok bukan ‘hangat-hangat tahi ayam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa kempen larangan merokok di tempat makan bukanlah bersifat “hangat-hangat tahi ayam” atau bermusim sebagaimana digusarkan oleh netizen di media sosial.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, penguatkuasaan yang telah dilaksanakan sejak 1 Januari itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam menjadikan rakyat di Malaysia sebagai masyarakat maju menjelang 2020.

“Agak terlalu awal untuk mengukur kejayaan penguatkuasaan ini namun setakat ini kami mendapat maklum balas yang positif daripada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Promosi Tempat Makan sebagai Tempat Dilarang Merokok dan Pelancaran Program Restart (Restoran Tanpa Asap Rokok dan Tembakau) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, kementerian juga sedia menerima sebarang maklum balas dan cadangan daripada orang ramai bagi memastikan penguatkuasaan larangan merokok itu berjaya dilaksanakan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN