PUTRAJAYA 17 Jan. – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) memandang serius penyiaran dan penularan dokumen-dokumen rasmi dalaman dan akan mengadakan siasatan dalaman bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi pada sama hadapan. KATS mengeluarkan kenyataan itu berikutan penularan surat kelulusan AP Pengeksportan Pasir Sungai ke luar negara kepada empat syarikat kroni menteri yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri, Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Gerald Sundaraj…










