GEORGE TOWN 19 Jan. – Kerajaan Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan bahawa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengambil alih sepenuhnya Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, PDC hanya diletakkan di bawah satu kementerian yang berperanan untuk memantau pengoperasian dan bukan mengambil alih pentadbiran sepenuhnya. “Sebenarnya itu bukan take over. Cuma sistem pentadbiran negara ada kementerian diberi tanggungjawab. Dalam kes ini mungkin kementerian hanya berfungsi untuk…










