Kemenangan BN bukti sokongan Orang Asli tidak perlu dibeli - Sivarraajh - Utusan Malaysia

Kemenangan BN bukti sokongan Orang Asli tidak perlu dibeli – Sivarraajh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Sokongan Orang Asli kepada calon Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd. Nor dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands semalam membuktikan bahawa tidak ada unsur beli undi terhadap masyarakat pribumi itu.

Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C. Sivarraajh yang terpaksa mengosongkan kerusi itu selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Pilihan Raya berkata, sokongan Orang Asli kepada BN tidak perlu dibeli menggunakan wang mahupun sogokan.

“Mereka semua adalah penyokong tegar Barisan Nasional kerana kami di Barisan Nasional tahu menghormati mereka. Tuhan Maha Besar… kebenaran tetap akan menang walaupun saya dianiaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Biarpun saya bukan lagi Ahli Parlimen Cameron Highlands, anda semua akan tetap kekal dekat di hati saya. Saya percaya bahawa saya telah cuba sedaya upaya, melakukan yang terbaik untuk anda semua dalam tempoh masa tujuh bulan yang lalu,” kata Sivarraajh dalam satu hantaran di Facebook.

Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini mengisytiharkan kemenangan Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Sementara itu Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua jentera BN yang telah bertungkus lumus dalam keadaan serba kekurangan untuk mencapai kemenangan.

“Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat.Tahniah dan selamat berjaya kepada sahabat saya ACP (B) Tuan Ramli di atas kemenangan ini.

“Semoga Cameron Highlands terus maju dan kekal aman damai dibawah kepimpinan wakil rakyat pertama dari masyarakat Orang Asal dalam sejarah Malaysia,” kata Sivarraajh,.

Dalam PRK Cameron Highlands semalam, calon BN Ramli Mohd. Nor yang mendapat 12,038 undi mengalahkan tiga pencabar termasuk calon Pakatan Harapan M. Manogaran yang memperoleh 8,800 undi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×