Kematian bayi: Tempoh reman pengasuh dilanjutkan - Utusan Malaysia

Kematian bayi: Tempoh reman pengasuh dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU 22 Jan. – Reman ke atas pengasuh yang disiasat berikutan kematian seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dilanjutkan sehingga 28 Jan depan.


Perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih terperinci mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Wanita berusia 39 tahun itu sebelum ini direman tujuh hari setelah bayi terbabit, Aariz Harraz Zahin Azman menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya Hajijah Tahir pada 11.55 pagi 13 Jan lalu di Hospital Sibu selepas alat sokongan hayatnya dihentikan pada 11.40 pagi.


Suspek ditahan polis di rumahnya di Jalan Permai di sini pada 8 Jan lepas menurut Seksyen 31(1), Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera berikutan laporan yang dibuat bapa mangsa.


Laporan awal doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan dan bengkak pada bahagian otak serta kedua-dua mata, selain retak pada bahagian kiri kepala. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN