Kemarau, sejuta ekor ikan mati di sungai Australia - Utusan Malaysia

Kemarau, sejuta ekor ikan mati di sungai Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 14 Jan. – Kira-kira sejuta ekor ikan dipercayai mati di sepanjang tebing sistem sungai utama berikutan kemarau yang melanda timur Australia baru-baru ini.

Menurut pihak berkuasa, berkemungkinan lebih banyak ikan akan mati disebabkan kemarau berkenaan.

Tebing Sungai Murray-Darling penuh dengan bangkai ikan yang dijangka jumlah keseluruhannya hampir sejuta ekor.

Kerajaan New South Wales di sini memberi amaran bahawa ramalan suhu akan lebih tinggi pada minggu ini membuatkan situasi lebih buruk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×