SUDAH menjadi kebiasaan bagi kita semua menempuh hari-hari dengan penuh kesibukan dalam mengurus hal keluarga pada penghujung dan awal tahun. Ini terutamanya melibatkan hal persekolahan anak-anak. Dalam tempoh ini juga, banyak wang perlu dibelanjakan. Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, belanja persekolahan mereka tidaklah begitu banyak. Perbelanjaan persekolahan anak-anak semakin tinggi seiring peningkatan umur mereka. Belanja untuk anak-anak yang dihantar ke taska atau tadika tidak sama dengan anak-anak yang belajar di…










