Kelantan United milik Kerajaan Kelantan - Utusan Malaysia

Kelantan United milik Kerajaan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 15 Jan. – Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) menafikan mereka mempunyai hubungkait dengan sebuah pasukan yang sedang melakukan persiapan di ibu kota ketika ini bagi mengharungi saingan Liga M3 2019.

Pegawai Khas kepada Presiden Anas Kharimi Ahmad Thani berkata, KUFC adalah penjenamaan semula Kelab Bola Sepak Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam & Uresetia Belia dan Sukan (MPKB-BRI Ubes FC) yang telah mendapat kelulusan penuh dari kerajaan negeri.

 Menurutnya, masalah itu timbul selepas pihak yang menyatakan hasrat untuk menaja telah cuba campur tangan dalam urusan pengurusan pasukan.

 “Peringkat awalnya, pihak mahu jadi penaja telah tampil bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri (Wan Roslan Wan Hamat) bagi membincangkan perkara ini. Ketika ini pasukan pengurusan pasukan masih dalam pembentukkan.

 “Ketika itu masih belum ada kata putus berkaitan dengan penajaan, namun secara lisan mereka menyatakan setuju untuk menaja. Pihak kami pun tidak memberikan sebarang kata putus berhubung isu ini,” katanya.

 Beberapa hari lalu tukar dilaman-laman sosial facebook dan aplikasi WhatApps mengenai jadual perlawanan persahabatan melibatkan KUFC di ibu kota.

 Anas memberitahu, bagaimanapun pembentukan pasukan sudahpun dimulakan yang diketuai oleh barisan kejurulatihan sebagaimana telah dilantik.

 Katanya, keadaan menjadi bertambah rumit apabila pihak yang mahu menjadi penaja cuba campur tangan dalam pengurusan pasukan dan perkara tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.

 “Bila perkara ini berlaku, kita telah panggil penaja dan barisan tertinggi pasukan yang dilantik. Ketika itu pihak pengurusan putuskan mana-mana aksi persahabatan yang telah dirancang ditangguhkan sementara waktu.

 “Semua perkara ini perlu dilaporkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terlebih dulu. Namun saya tidak tahu pihak berkenaan membuat laporan atau sebaliknya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN