Kebajikan rakyat jadi tumpuan kerajaan - Madius - Utusan Malaysia

Kebajikan rakyat jadi tumpuan kerajaan – Madius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM – Kerajaan negeri Sabah memberikan tumpuan terhadap aspek meringankan beban dan memastikan rakyat memperoleh sumber pendapatan yang berterusan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, bagi memastikan ia tercapai, kerajaan negeri menggerakkan semua jentera yang ada dan bekerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan negeri yang ada.

Katanya, dalam tempoh tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerajaan negeri baharu telah mengorak langkah dari segi perancangan yang harus dibuat dan banyak masa telah dikhususkan dalam perkara ini.

“Ini termasuk memperkukuhkan jentera, antaranya membabitkan hal-hal pelantikan pasukan baharu termasuk di kementerian dan agensi kerajaan negeri,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Rumah Terbuka Krismas Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun dan Murut Bersatu (UPKO) di sini semalam. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN