KDN masih kaji pindaan, pemansuhan enam akta - Utusan Malaysia

KDN masih kaji pindaan, pemansuhan enam akta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Jan.- Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji dan masih mengadakan perbincangan lanjut bersama Jabatan Peguam Negara untuk memperhalusi cadangan pindaan atau pemansuhan enam undang-undang sebelum diluluskan di peringkat proses pengubalan undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, undang-undang tersebut adalah Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Pencegahan Keganasan 2015, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Perhimpunan Aman 2012.


“Pindaan atau pemansuhan akta-akta itu dibuat kerana kerajaan perlu menggubal undang-undang berkaitan keselamatan yang dapat mengimbangi keperluan menjaga keselamatan negara dengan berkesan disamping memelihara hak kebebasan asasi seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


“Sebelum dibawa ke sidang Parlimen, kita perlu bincang lebih lanjut bersama Jabatan Peguam Negara dan kemukakan ke Jemaah Menteri terlebih dahulu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN