KUALA LUMPUR 26 Jan. – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengkaji skim insurans untuk atlet negara bagi diselaraskan di dalam program sukan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN). Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, satu pusat sehenti akan ditubuhkan pada tahun ini bagi memudahkan komunikasi antara atlet negara dan pengurusan sukan di negara ini. ”KBS melalui MSN akan terus menambah baik urusan kebajikan atlit negara…










