KBS hormat keputusan Kizierowski - Utusan Malaysia

KBS hormat keputusan Kizierowski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 29 Jan. – Kementerian Belia dan Sukan menghormati keputusan bekas perenang Olimpik, Bart Kizierowski, yang menolak tawaran untuk menjadi jurulatih skuad renang negara susulan tindakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melarang atlet Israel menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019.

Menterinya, Syed Saadiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung perkara tersebut dan sedia mencari jurulatih yang lain.

“Kami hormat keputusannya kerana itu pilhan dia. Dalam bab ini saya dah berhubung dgn pihak MSN.

“Kita masih ada jurulatih lain yang akan mengambil alih (tugas itu) buat masa ini sambil kita mencari jurulatih baharu.

“Kita ada pilihan tetapi yang paling penting sekali adalah kita perlu menghormatinya (kerana) itu pendirian dia,” kata Syed Saddiq selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan MSN di sini, hari ini.

Jurulatih dari Poland tersebut muat naik status di Facebooknya menyatakan bahawa dia menolak tawaran itu susulan kenyataan yang dibuat oleh Kerajaan berhubung keengganan Malaysia meluluskan visa bagi atlet Israel menyertai Kejohanan Renang Para Dunia pada Julai ini di Sarawak.

“Tidak ada tempat untuk perkara seperti itu dalam sukan,” katanya pada Khamis lalu, sambil mengucapkan terima kasih kepada skuad kebangsaan kerana memberi kepercayaan dan menawarkan peluang berkenaan kepadanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN