BICARANYA sentiasa tersusun rapi dan tenang. Satu persatu aksara disusun menjadikan setiap perkataan yang keluar dari bibirnya tidak pernah mengguris perasaan sesiapa pun yang mendengar. Itulah gemilangnya sosok lelaki bernama Zamani Ibrahim, 47. Sehingga kini keperibadiannya masih menjadi bualan ramai, auranya juga tiada pengganti. Menelusuri perjalanan pemilik lagu Gerimis Mengundang ini sepanjang 26 tahun berkelana sebagai anak seni dalam lapangan kerjaya muzik tanah air sememangnya tidak akan pernah habis. Terlalu…










