OTTAWA 15 Jan. – Kanada memberi amaran kepada rakyatnya untuk menjalankan kewaspadaan tahap tinggi apabila ke China setelah seorang lelaki negara itu dihukum mati atas dakwaan menyeludup dadah.
Nasihat perjalanan tersebut memberi peringatan kepada pelancong mengenai risiko penguatkuasaan arbitari bagi undang-undang tempatan di sana.
Selain itu, situasi keselamatan dan sekuriti boleh berubah dengan notis kelak.
Perkembangan itu dibuat beberapa jam selepas mahkamah China semalam menjatuhkan hukuman mati kepada rakyat Kanada, Robert Lloyd Schellenberg yang didakwa menyeludup dadah selepas hukuman penjara 15 tahun dilihat begitu ringan. – AFP










